...

SM PJN Pg Haji Abu Bakar KB mengambil kesempatan untuk menyertai Program yang bermanafaat ini sebagai tanda sokongan moral dan dorongan kepada pelajar-pelajar khasnya serta masyarakat luar sekolah amnya. Keterlibatan pelajar-pelajar sekolah ini dari segi memperomosikan anti dadah akan dijalankan dengan penuh aktif demi menyokong kesedaran penyalahgunaan dadah.

Friday

ATLIT DAN DADAH?

Di antaradadah-dadah lama yang telah digunakan sejak awaI 1970an adalah perangsang (stimulant) dan narkotik. Tujuan penggunaan stimulant begitu nyata kerana bahan seperti amfetamin memberi tenaga serta ketahanan yang amat baik terutama dalam pertandingan seperti lumba basikal, Iarian jarak jauh, acara renang, semuanya yang memerIukan daya tahan.

Kini senarai dadah yang digunakan bagi tujuan di atas telah berlipat ganda dan kini makmal perlu mengesan sejumlah 70 jenis dadah perangsang. Tambahan pula, bahan seperti kafein, ephedrine, pseudoephedrin menyulitkan lagi kawalan kerana bahan ini terdapat dalam pelbagal minuman dan makanan dan juga ubat-ubatan ‘over-the counter’ untuk pelbagai rawatan.

Oleh yang demikian bahan-bahan ini perlu dinilai jumlahnya di dalam urin; jumlah kafein melebihi 12 mg/mI di dalam urin misalnya akan dirumuskan sebagal positif. Paras ini diketahui dapat dihasilkan oleh pengambilan kafein sahaja dan tidak akan tercapai meskipun atlit telah minum beberapa cawan kopi pekat.

No comments:

Post a Comment