Apakah penyalahgunaan dadah?
Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira yang melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.
Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.
Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:
• Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat
• Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah
• Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya.
Apakah penagihan dadah?
Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut.
Contohnya:
• Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
• Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
• Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaanyang lebih lama.
Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah.
No comments:
Post a Comment